Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Bandar Sri Damansara merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Sri Damansara merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling. Bandar Sri Damansara ialah salah sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Bukit Lanjan dan Bandar Utama. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Sri Damansara kira-kira 15 km.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERTANDINGAN MEWARNA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Pertandingan ini dapat memberi pendedahan awal pelajar supaya menggunakan bakat masing-masing di samping memupuk minat murid dalam senidan dapat membina perkembangan mental dan keseimbangan emosi, rohani, intelek dan jasmani.....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI KEPONG SESI II

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2018

Program ini membantu meningkatkan lagi kesedaran budaya penggunaan internet dengan positif dan cara menggunakan internet dengan bijak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR SRI DAMANSARA 1

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018

Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1. Ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pelajar yang celik teknologi penggunaan IT dan kandungan media baru (internet)....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK DESA AMANPURI SESI I

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2018

Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri. Ia bertujuan untuk memberi didikan kepada para pelajar tentang kepentingan kawal selia diri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk para pelajar melayari internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK AMPANG

Aktiviti Terkini | 02 Februari 2018

Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Ampang. Ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pelajar yang celik teknologi penggunaan IT dan kandungan media baru (internet)....baca selanjutnya

PERTANDINGAN SENI KHAT KUFI KREATIF

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Pendaftaran peserta seawal pagi di Pusat Internet 1Malaysia Sri Damansara. Para peserta diberi taklimat dan penerangan ringkas syarat – syarat pertandingan. Para peserta diberi tugasan tajuk, tema dan waktu pertandingan yang ditetapkan. Penyampaian hadiah kepada pemenang dan hadiah saguhati kepada peserta yang kurang bernasib baik....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti