Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Bandar Sri Damansara merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Sri Damansara merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling. Bandar Sri Damansara ialah salah sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Bukit Lanjan dan Bandar Utama. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Sri Damansara kira-kira 15 km.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM KEUSAHAWANAN PUSAT SRI MERANTI BERSAMA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2016

Aktiviti ini bertujuan membantu warga Pangsapuri Sri Meranti terutama kaum ibu & surirumah dalam area bakeri....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN RAPID TYPING

Aktiviti Terkini | 19 November 2016

Aktiviti ini dapat menguji ketangkasan kanak-kanak dalam menggunakan keyboard komputer dan menguji tahap kecekapan, pengetahuan dalam ejaan perkataan dalam bahasa Inggeris. Selain itu, aktiviti ini menarik minat kanak-kanak menguasai bahasa inggeris secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak celik it...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK 2016 (SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA)

Aktiviti Terkini | 14 November 2016

Program ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar SK Bandar Baru Sri Damansara, Kepong, Selangor tentang melayari internet secara bijak dan berhemah...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SRI DAMANSARA

Aktiviti Terkini | 02 Oktober 2016

Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada masyarakat sekitar disamping mempromosikan tentang kelas-kelas yang diadakan oleh pihak pengurusan PI1M...baca selanjutnya

TAYANGAN FILEM PATRIOTIK SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 10 September 2016

Majlis ini dapat memupuk semangat patriotism dalam kalangan anak-anak muda Pangsapuri Sri Meranti serta menyemai semangat jati setiap anak Malaysia...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN POSTER (MS PAINT) SEMPENA KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-59

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2016

Majlis ini dapat memupuk semangat patriotism dalam kalangan anak-anak muda Pangsapuri Sri Meranti serta menyemai semangat 1 Malaysia...baca selanjutnya

MAJLIS HARI TERBUKA AIDILFITRI BERSAMA PI1M SRI DAMANSARA

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2016

Majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk pangsapuri Sri Meranti dan staff PI1M...baca selanjutnya

MAJLIS IFTAR RAMADHAN SURAU AL-UKHWAH

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2016

Majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga pangsapuri Sri Meranti di bulan yang penuh rahmat ini iaitu bulan Ramadhan...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Ibu

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2016

Pertandingan mewarna sempena Hari Ibu bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Sri Damansara...baca selanjutnya

Lawatan sambil belajar ke Kidzania anjuran MCMC & PI1M

Aktiviti Terkini | 24 April 2016

Lawatan sambil belajar ke Kidzania anjuran MCMC & PI1M bersama dengan pelajar SK Bandar Sri Damansara 2...baca selanjutnya

Bacaan Yassin Dan Tahlil

Aktiviti Terkini | 17 April 2016

Bacaan Yassin dan tahlil bersama komuniti Pangsapuri Sri Meranti, Sri Damansara...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Bandar Sri Damansara ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Sri Damansara seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti